Cari Blog

Halaman

Jumaat, 23 April 2010

Mereka Tidak Berdosa

Nak cerita sikit pasal my two kids ni,anak aku sepasang, sorang lelaki..sorang perempuan.
Yang lelaki umur 10 tahun. Muka dia sebijik muka daddy dia tapi perangai dia sebijik macam perangai mummy..hehehe.Yang perempuan tu pulak,sebijik mcm muka mummy..tapi tak ikut perangai mummy, hyperaktif, berani dan kuat ketawa sama macam daddy dia. Apa-apa pun,tak kira ikut perangai siapa yang penting aku sayang sangat kat anak2 aku ni. Yelah, mak mana tak sayang anak ekk,walaupun sejak akhir-akhir ni kita sering di kejutkan dengan perbuatan insan-insan yang tak bertanggungjawab membuang anak sana sini. Tengok keaadaan bayi malang yang ditinggalkan macam tu pun boleh mengalir airmata.. aku terfikir apakah langsung tak ada perasaan menyesal atau berdosa di hati mereka..? wallahualam.. Bagi aku, anak2 merupakan anugerah Allah yang tak ternilai. Aku harap anak-anak aku berjaya di dunia dan akhirat.Aku tak ada harta yang melimpah nak diberikan kepada mereka cuma kasih sayang dan doa restu. Kepada anak-anak ku, MUMMY LOVE BOTH OF U.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan