Cari Blog

Halaman

Jumaat, 23 April 2010

Ayu OIAM Dah Kahwin


Akhirnya Ayu OIAM muncul kembali setelah agak lama menyepi. Sepanjang masa Ayu 'menyorok' pelbagai kisah yang kurang enak kita dengat tentang penyanyi yang berasal dari Putatan, Sabah ini. Kisah mengandung anak luar nikah dan kemudian berkahwin tetapi Ayu tidak pernah tampil untuk memberi penjelasan sebenar. Namun Ayu akhirnya muncul buat pertama kali setelah sekian lama menghilang di malam konsert amal kau di hati ku bertempat di Hotel Berjaya Time Square. Dan beberapa hari selepas itu Ayu kemudian menjawab teka teki yang selama ini bersarang di hati peminatnya.
Ya.. Ayu telah berkahwin dengan syed Fazi syed Baharuddin 23thn, pada January tahun lepas. Dan seperti alasan yang biasa kita dengar dari mulut mana-mana artis, Ayu terpaksa menghormati permintaan keluarga sebelah suami yang mahu perkahwinan itu di adakan secara tertutup. Suami Ayu merupakan seorang duda anak 2 dan anak-anak tersebut di bawah jagaan Ayu sekarang. Ayu juga mengaku yang dia telah mempunyai seorang bayi hasil perkahwinannya dengan syed Fazi. Walaubagaimana pun Ayu menafikan sekerasnya bahawa anak itu anak luar nikah seperti yang di gembar gemburkan selama ini. Wallahualam..

Rasanya tak perlu lah kita nak mempersoalkan lagi kisah peribadi Ayu, sebab apa penting ialah bakat yang ada pada Ayu. Saya secara peribadi amat meminati Ayu. Mungkin Ayu kurang dari segi paras rupa, Tapi tuhan telah mengurniakan bakat kepadanya. Dan seperti kata ketua pegawai eksekutif 8tv, Ahmad Izham Omar, peluang kedua harus di berikan kepada Ayu kerana dia percaya kepada bakat yang ada kepada penyanyi itu.

Dan nasihat ikhlas untuk Ayu, hargailah peluang yang ada... ALL THE BEST.

















Tiada ulasan:

Catat Ulasan