Cari Blog

Halaman

Selasa, 27 April 2010

Sakitnya....!

Dah 2 hari aku kat umah je, sakit kepala badan pun berat semacam je..huhuhu. Tak tau la kenapa, aku memang ada migrain, tapi yang body aku pun menyibuk gak nak sakit ni kenapa? Tanda-tanda badan nak membesar bagai johan kot..kahkahkah.
Ni pun baru bangun lepas pengsan beberapa jam. Masa baru bukak mata tadi aku ternampak bintang berkelip-kelip, ada lah 2-3 biji. Dahsyat jugak migrain ni... Bagi aku kalau migrain menyerang tido je la ubatnya. Yang penting jangan keluar umah, kalau kena cahaya matahari lagi lah menggila migrain aku ni. Bukan aku tak nak jumpa doktor, tapi dah naik muak aku balik-balik telan ubat yang sama. Paling tidak pun doktor bukak mata aku luas-luas, pas tu suluh mata aku sampai berair. huh..!
Agaknya migrain ni datang pasal perangai buruk aku juga, doktor kata kurangkan makan coklat dan jangan minum kopi.. habis benda fevret aku.. bila dah datang gian nak makan tu apa pun aku tak peduli yang penting makan.. migrain belakang kira..!
Bila dah sakit, siapa yang susah..? aku...jugak kan..Haaa..padan muka aku..!

Ahad, 25 April 2010

Fiq Kembali Dengan Diagnostik




Setelah agak lama menyepi dari industri hiburan tanah airnya akhirnya juara mentor musim ke-2, iaitu Mohd Firdaus Abd Halim atau lebih di kenali sebagai Fiq mentor kembali dengan buah tangan terbarunya berjudul Diagnostik. Masih mengekalkan genre rock, Fiq berharap album ini akan mendapat sambutan sekaligus menghilangkan kerinduan kepada peminat yang selama ini terus menyokongnya.
Album diedarkan oleh Emi dan Warner music malaysia ini mengambil masa selama 5 bulan untuk disiapkan, dan sudah tentu harapan yang tinggi diletakkan agar album ini dapat mengulangi kejayaan lagu tiga malam tanpa bintang.

Jumaat, 23 April 2010

Ayu OIAM Dah Kahwin


Akhirnya Ayu OIAM muncul kembali setelah agak lama menyepi. Sepanjang masa Ayu 'menyorok' pelbagai kisah yang kurang enak kita dengat tentang penyanyi yang berasal dari Putatan, Sabah ini. Kisah mengandung anak luar nikah dan kemudian berkahwin tetapi Ayu tidak pernah tampil untuk memberi penjelasan sebenar. Namun Ayu akhirnya muncul buat pertama kali setelah sekian lama menghilang di malam konsert amal kau di hati ku bertempat di Hotel Berjaya Time Square. Dan beberapa hari selepas itu Ayu kemudian menjawab teka teki yang selama ini bersarang di hati peminatnya.
Ya.. Ayu telah berkahwin dengan syed Fazi syed Baharuddin 23thn, pada January tahun lepas. Dan seperti alasan yang biasa kita dengar dari mulut mana-mana artis, Ayu terpaksa menghormati permintaan keluarga sebelah suami yang mahu perkahwinan itu di adakan secara tertutup. Suami Ayu merupakan seorang duda anak 2 dan anak-anak tersebut di bawah jagaan Ayu sekarang. Ayu juga mengaku yang dia telah mempunyai seorang bayi hasil perkahwinannya dengan syed Fazi. Walaubagaimana pun Ayu menafikan sekerasnya bahawa anak itu anak luar nikah seperti yang di gembar gemburkan selama ini. Wallahualam..

Rasanya tak perlu lah kita nak mempersoalkan lagi kisah peribadi Ayu, sebab apa penting ialah bakat yang ada pada Ayu. Saya secara peribadi amat meminati Ayu. Mungkin Ayu kurang dari segi paras rupa, Tapi tuhan telah mengurniakan bakat kepadanya. Dan seperti kata ketua pegawai eksekutif 8tv, Ahmad Izham Omar, peluang kedua harus di berikan kepada Ayu kerana dia percaya kepada bakat yang ada kepada penyanyi itu.

Dan nasihat ikhlas untuk Ayu, hargailah peluang yang ada... ALL THE BEST.

















Mereka Tidak Berdosa

Nak cerita sikit pasal my two kids ni,anak aku sepasang, sorang lelaki..sorang perempuan.
Yang lelaki umur 10 tahun. Muka dia sebijik muka daddy dia tapi perangai dia sebijik macam perangai mummy..hehehe.Yang perempuan tu pulak,sebijik mcm muka mummy..tapi tak ikut perangai mummy, hyperaktif, berani dan kuat ketawa sama macam daddy dia. Apa-apa pun,tak kira ikut perangai siapa yang penting aku sayang sangat kat anak2 aku ni. Yelah, mak mana tak sayang anak ekk,walaupun sejak akhir-akhir ni kita sering di kejutkan dengan perbuatan insan-insan yang tak bertanggungjawab membuang anak sana sini. Tengok keaadaan bayi malang yang ditinggalkan macam tu pun boleh mengalir airmata.. aku terfikir apakah langsung tak ada perasaan menyesal atau berdosa di hati mereka..? wallahualam.. Bagi aku, anak2 merupakan anugerah Allah yang tak ternilai. Aku harap anak-anak aku berjaya di dunia dan akhirat.Aku tak ada harta yang melimpah nak diberikan kepada mereka cuma kasih sayang dan doa restu. Kepada anak-anak ku, MUMMY LOVE BOTH OF U.

my first story

salam...
Ini la entry pertama untuk blog aku yg tak seberapa nak jadi ni.. hehehe..bosan sebenarnya.. penat berFACEBOOK cuba-cuba pulak menyusun ayat kat blog ni. Saja suka-suka.. tak tau lagi apa yang nak tulis kat sini.. cuma aku ni tersangat lah suka membaca dan mengikuti blog orang lain. tu tetiba terfikir nak cuba buat blog pulak.....tapi cerita orang tu best..hebat-hebat.. aku..ada ke cerita yang bagus..kihkihkih.. takpe lah.. saja nak puaskan hati sendiri.. ye tak..???